Customise
Warranty
RM199.90
Trapo Back adalah penyelesaian terbaik untuk melindungi bonet kereta (bahagian bagasi) Perodua Viva (2007-2014). Sama ada untuk perjalananan jauh atau membeli barangan runcit, Trapo Back menyediakan perlindungan untuk ruangan bagasi kereta dalam keadaan kering mahupun basah.
Setiap karpet kereta Trapo Back dibuat khusus untuk Perodua Viva (2007-2014).
Apa yang anda akan terima di dalam pakej:
1 x Karpet Bonet (Bahagian bagasi)
Keistimewaan yang lain:
• Jaminan 1 Tahun
• Anti Bakteria
• Ketahanan Yang Ditambah Baik
• Velcro Yang Ditambah Baik
• Mudah dibersihkan
• Mudah memerangkap lumpur dan kotoran
• Tidak Berbau
• Kalis Air
• Boleh Dikitar Semula
1. Bagaimana untuk memastikan Trapo Back Classic sesuai dengan kereta anda?
- Kami memahami bahawa berbelanja atas talian akan membuatkan anda tertanya-tanya adakah produk tersebut sesuai dengan kereta anda. Untuk setiap karpet kereta Trapo, bentuk yang direka adalah hampir sama seperti saiz karpet kereta asal. Walaubagaimanapun, jika anda memerlukan rekaan khas untuk kereta anda, haruslah berhubung dengan kami terlebih dahulu. Kami akan cuba untuk memenuhi permintaan anda. Sila hubungi kami di enquiry.my@trapo.asia
2. Bahan asas
- Karpet Kereta TRAPO terdiri daripada campuran 50% bahan kitar semula dan 50% lagi terdiri daripada 50% produk polimer dara. Karpet kereta kami dijamin selamat, tidak berbau dan sesuai digunakan untuk semua.
3. Panduan pembersihan. Apabila karpet kereta anda kelihatan kotor, ini ialah masa yang sesuai untuk anda membersihkannya. Ikuti langkah dibawah:
- Terbalikkan / Ketuk perlahan / vakum untuk menghilangkan kotoran - Bilas dengan air bersih. Gunakan berus lembut jika perlu.
- Pengeringan udara adalah memadai, elakkan cahaya matahari langsung - Terus pasang sesudah kering
4. Penghantaran
- Semua karpet kereta Trapo dibuat mengikut pesanan. Selepas menerima pesanan pelanggan, kami akan memproses pesanan tersebut untuk dikilangkan kemudian di hantar kepada pengguna. Tempoh masa untuk menerima produk ialah 4-8 hari bekerja.
5. Trap Points
- TRAP POINTS ialah program mata ganjaran di mana pelanggan boleh menebus diskaun ketika membuat pembelian.Setiap Ringgit yang dibelanjakan akan ditukarkan kepada 10 Trap Points. Trap Points yang dikumpul boleh ditebus di laman checkout. Trap Points hanya sah untuk pelanggan yang membuat pembelian di laman web rasmi Trapo Malaysia www.my.trapo.asia
Takungan bersaiz 7mm pada karpet Trapo berfungsi dengan baik untuk memerangkap habuk, lumpur dan air. Karpet kereta kami adalah 100% kalis air dan mudah dibersihkan. Kereta anda akan sentiasa bersih setiap hari dan tidak berbau.
Trapo Back direka khas dan sesuai untuk model kereta anda. Trapo Back memberikan perlindungan kepada papan lantai asal kereta (car floorboard). Sesuai untuk keadaan basah dan kering.
Keselamatan ialah keutamaan kami, dan adalah penting untuk kami memastikan karpet anda tidak bergerak ketika memandu. Rekaan terbaru Trapo Velcro 2.0 yang berfungsi sebagai anti-slip telah ditambah baik kualitinya. Trapo Classic Mark II kini 3x lebih tahan dari versi asal dan sesuai digunakan dalam keadaan lembab dan kering.